utama

Halal     |     TIADA Perisa Tambahan/Pewarna Tiruan     |     100% Bahan Semulajadi




Semua orang takut mati...

Tahukah Anda!


Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan, penyakit jantung merupakan sebab utama kematian di kalangan rakyat Malaysia sejak 10 tahun lepas (2005 - 2014) mencatatkan 13.5% kematian pada 2014.

Dianggarkan setiap tahun, satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati akibat masalah Jantung.

Jantung manusia berdenyut 70 seminit atau 140,000 kali sehari.  Ianya merupakan organ terpenting dan sentiasa bekerja keras sepanjang masa untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan.





Pada tahun 2030 dianggarkan seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini.  Kematian akibat penyakit sakit jantung lebih tinggi berbanding kanser.



Apakah punca Penyakit Jantung?

Bagaimana Penyakit Jantung ini terjadi?  Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya sakit jantung?




7 punca utama Penyakit Jantung adalah:


1.  Merokok

Sebatang rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia yang sebahagiannya adalah tar, sianida dan karbon monoksida.  Bahan ini akan merosakkan dinding saluran darah yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan mempercepatkan pembekuan darah.

Perokok aktif meningkatkan risiko diserang penyakit jantung sebanyak 2 hingga 4 kali ganda.  Perokok pasif juga mempunyai risiko yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak merokok.


2.  Tekanan Perasaan atau Hypertension

Tekanan perasaan juga boleh menyebabkan degupan jantung meningkat dan tekanan darah juga akan turut meningkat.


3.  Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras untuk megepam darah melalui saluran darah yang sempit.  Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan menyukarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.  Lebih tinggi tekanan darah, lebih tinggi risiko diserang sakit jantung.


4.  Kencing manis (Diabetes)
Pesakit kencing manis mempunyai lebih tinggi peluang iaitu 2 atau 3 kali kemungkinan mendapat serangan jantung. Seseorang itu berisiko mengidap Diabetes akibat saluran darah semakin menebal.

5.  Obesiti

Obesiti berpunca dari cara gaya hidup yang tidak sihat.  Pemakanan tidak seimbang dan makan makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi amat berbahaya untuk jantung.


6.  Kurang bersenam
Senaman penting untuk menguatkan otot dan memperbaiki pengaliran darah ke jantung.  Kurang bersenam menyebabkan lemak cepat berkumpul dan mengakibatkan obesiti.


7.  Kolesterol

Kandungan kolesterol yang terkumpul menyumbat saluran darah akhirnya oksigen dan darah gagal dibekalkan ke jantung.  Maka serangan jantung boleh berlaku.


Tanda-tanda Sakit Jantung


Jika anda mengalami antara gejala tersenarai dibawah, anda mungkin mengidap Penyakit Jantung!

1.  Kesakitan dan rasa ketat di bahagian tengah atau kiri dada

2.  Rasa pedih ulu hati

3.  Rasa loya atau mual dan muntah

4.  Keluar peluh dingin

5.  Rasa kebas di tangan kiri

6.  Mengah dan cepat penat

7.  Rasa mencucuk dari depan bahagian dada hingga ke bahagian belakang badan berdekatan belikat






NAMA       :                                    
Hawa Rosli                                                      
LOKASI    :

Kuala Lumpur
TARIKH    :


Sila Komen Di Sini

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Home based business since 2006. Full time business since 2008. Happy Shopping... do contact me for any consultant or query...